M Update, 30/9/2020 – Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor memulakan tugas rasmi di pejabatnya di Jabatan Ketua Menteri Sabah (JKM), Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini, hari ini.
Beliau dijadual menghadiri beberapa pertemuan hari ini antaranya dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan selain beberapa mesyuarat dan perbincangan.
Semalam, Hajiji, 65, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, pada istiadat di Istana Negeri Sabah.
Hajiji yang mengenakan bush jacket coklat muda mengimbas jari sambil tersenyum kepada petugas media sebelum memasuki pejabatnya dan mengadakan perbincangan dengan pegawai JKM.