Input your search keywords and press Enter.

Pencemaran Sungai Selangor Dijangka Pulih Petang Ini – MB

M Update, 19/10/2020 – Pencemaran yang berlaku di Sungai Selangor dijangka akan pulih pada petang ini berdasarkan trend perkembangan semasa.

Buat masa ini, kadar pencemaran yang berlaku mencatatkan bacaan pada tahap 1 ton dan bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna apabila bacaan mencecah 0 ton. Usaha pemulihan pencemaran di sungai itu sedang giat dilaksanakan buat masa kini oleh pihak terlibat. – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

Terdahulu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di negeri ini berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah di kesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi tadi. Laporan polis telah dibuat berhubung kes pencemaran itu dan siasatan lanjut sedang dilaksanakan oleh pihak berkaitan.