M Update, 6/11/2020 – Kerajaan dijangka mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang baharu, Sabtu ini.
Ada beberapa cadangan termasuk untuk kelonggaran, kita sudah meminta MKN membincangkan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membentangkan SOP ini. Kita akan bincang semula dan akan menentukan dalam Mesyuarat Khas MKN kerana ia membabitkan dasar baharu,” katanya dalam sidang media keselamatan COVID-19 semalam.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) membentangkan perkara itu pagi semalam tetapi belum diluluskan. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga sudah melakukan pembentangan SOP baharu berkaitan sektor ekonomi negara. – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob