Input your search keywords and press Enter.

Neelofa Bakal Lancar Aplikasi Islamik, The Noor

M Update, 20/11/2020 – Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa bakal melancarkan sebuah aplikasi Islamik yang dikenali sebagai The Noor tidak lama lagi.

Neelofa, 31, berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagramnya Rabu lepas dengan memberi gambaran awal berkenaan aplikasi berkenaan.

“My New baby! Mudahkanlah ya ALLAH. Moga ramai yang akan dapat manfaat darinya,” ujar Neelofa menerusi Instastories.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di @thenoor.app, kandungan aplikasi tersebut berkaitan gaya hidup Muslim

Aplikasi tersebut disediakan dengan lima pilihan bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Cina dan Indonesia. Bagaimanapun, buat masa ini belum ada maklumat terperinci berkenaan kandungan yang bakal dimuatkan dalam aplikasi tersebut.

Perkongsian Neelofa itu mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya mengharapkan agar aplikasi tersebut dapat memberikan manfaat kepada semua.

Tidak kurang juga yang menganggap ia bakal menjadi pengganti atau alternatif kepada aplikasi Muslim Pro yang baru-baru ini berdepan kontroversi apabila dikatakan telah menjual data pengguna kepada pihak ketiga.

Sumber : SinarPlus