M Update, 16/12/2020 – Yang di-Pertuan Agong perkenan mengisytiharkan darurat bagi Parlimen Gerik, di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, di Sabah.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataannya, sebenar tadi berkata, pengisytiharan darurat itu membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik dan Bugaya dibatal dan ditangguhkan ke suatu tarikh akan ditentukan kelak.
“Saya telah menyembah maklum akan nasihat jemaah menteri kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia supaya mengisytiharkan darurat bagi bahagian pilihan raya parlimen Gerik, Perak dan bahagian pilihan raya negeri Bugaya, Sabah,” katanya.
Katanya, pengisytiharan proklamasi darurat ini berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi memasyhurkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2020 dan Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh 16 Januari 2021 yang telah ditetapkan bagi menjalankan PRK berkenaan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.