M Update, 15/01/2021 – Urusan temu duga bagi siswazah pendidikan lepasan universiti awam akan dilaksanakan selewat-lewatnya, pada minggu ketiga Februari secara maya bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, calon yang dipanggil temu duga terdiri daripada mereka yang telah memohon atau mengemas kini maklumat melalui portal mySPP selewat-lewatnya, pada 18 Ogos 2020.
“Ia berdasarkan hebahan tarikh tutup permohonan yang dikeluarkan pada 11 Ogos tahun lalu,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, SPP menyarankan calon yang terlibat agar bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga tersebut.