M Update, 9/2/2021 – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaannya untuk menjadi antara individu terawal menerima suntikan vaksin COVID-19.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Marang itu berkata, langkah berkenaan adalah sokongan beliau terhadap usaha kerajaan memerangi wabak pandemik. Beliau mengajak semua pihak bersama menggembleng usaha melawan COVID-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik.
Justeru, beliau ingin menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian daripada penerima awal suntikan vaksin COVID-19 bersama-sama Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan memerangi pandemik ini. Fokus utama kita sekarang adalah memastikan keselamatan rakyat terjamin dan ekonomi negara kembali pulih,” katanya.
Beliau juga telah mendapat taklimat berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan khususnya mengenai kepentingannya terhadap kelompok dalam masyarakat supaya mempunyai daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit ini.