Input your search keywords and press Enter.

Warkah Buat Anti-Vax COVID-19

“Anti Vax?”

“Na’am. Ana vax.”

Pada awal petang tadi, jam 2:43 petang Malaysia telah melakar satu memori sejarah sebagaimana negara lain dalam jihadnya menentang wabak Covid-19. PM kita TS Muhyiddin Yassin telah menjadi rakyat Malaysia pertama menerima suntikan vaksin Pfizer yang baru sahaja tiba di negara kita Ahad lalu. Umum diketahui ramai bahawa Abah kita pernah diuji dengan penyakit yang ditakuti ramai dan alhamdulilah dengan izin Allah beliau telah sembuh sepenuhnya dari penyakit tersebut.

Sebagai seorang mantan pesakit kronik dan individu terpenting di negara, Abah tanpa gerun dan ragu-ragu menawarkan diri beliau untuk disuntik dengan vaksin tersebut! Kalau Abah boleh dan berani, kenapa kalian terutamanya golongan anti-vaksin (antivaxx) yang bermazhabkan teori konspirasi ni tidak boleh? Nak tunggu sehingga dah kena Covid (nauzubillah) baru nk sedar ke?

  Sebenarnya bukan susah nak terangkan kebaikan suntikan vaksin Covid-19 ni kerana tugasnya sama seperti vaksin-vaksin yang pernah diterima badan kita semasa kita sedang membesar. Itu yang kadang-kadang rasa pelik dengan golongan antivaxx yang selamat membesar dengan disuntik vaksin semasa kecil, namun sanggup menghukum anak-anak mereka untuk tidak menerima vaksin sambil menyesatkan orang lain pula!

                Matematiknya mudah sahaja, tak payah lukis pun tak apa. Kesemua vaksin yang telah dan sedang diuji didapati berkesan untuk mempersiapkan badan kita daripada serangan Covid-19. Bukan itu sahaja, jika anda terdedah kepada virus ini tetapi anda telah divaksin maka risiko untuk mendapat jangkitan yang serius adalah sangat sedikit. Bukan itu sahaja, dengan mengambil vaksin ini, anda akan turut melindungi orang di sekeliling anda daripada virus ini.

                Dengan vaksin ini, badan anda akan membina imuniti dan antibodi secara semulajadi tanpa perlu jatuh sakit diserang virus ini. Dengan imuniti dan antibodi dari diri dan orang sekeliling, kita berjaya untuk mencipta ‘herd immunity’ maka lebih ramai orang yang akan terlindung daripada serangan virus ini, terutamanya mereka yang berpenyakit kronik dan immunocompromised.  

                Paling penting, vaksin Covid-19 akan dapat menghentikan penularan pandemik ini di seluruh dunia sepertimana vaksin polio yang Berjaya menyekat penularan penyakit polio di seluruh dunia berpuluh tahun yang lampau. Tanpa vaksin dan dengan hanya bergantung kepada SOP seperti pemakaian pelitup  muka dan hand sanitizer sahaja tidak berupaya membendung wabak ini namun dengan vaksin sudah tentu wabak ini dapat dicegah.  

                Semalam warga Palestin telah menerima suntikan vaksin dan tidak pula kedengaran mereka memprotes kedatangan vaksin atau mengaitkannya dengan ciptaan zionis Yahudi. Tetapi mengapa rakyat kita pula yang beria-ria menuduh Yahudi tanpa segan silu. Malu la sikit dengan orang Palesting wei!

 Sedangkan PU Rahmat seorang pendakwah popular di Malaysia turut berikrar akan menerima vaksin apabila tiba masa beliau untuk disuntik kelak. Beliau telah menyenaraikan 7 sebab mengapa beliau akan mengambil vaksin Covid-19. Antivaxx tak perlu menunggang agama untuk menentang vaksin sedangkan pendakwah kita turut menyarankan untuk kita semua divaksin. Menurut PU Rahmat, berikut adalah 7 sebab beliau akan divaksin: 

1) Vaksin telah difatwakan oleh Para Mufti adalah harus dan tiada perkara yang haram di dalamnya.

2) Vaksin telah diuji oleh pakar perubatan mempunyai kadar kesan sampingan yang kecil

3) Vaksin adalah salah satu bentuk ikhtiar dan Usaha dalam mencegah Penularan Covid19

4) Para Ulama Besar yang lebih alim daripada saya seperti  Shaykh Abdallah Shaykh Al-Mahfoudh Bayyah telah mengambil Vaksin.

5) Saya menurut kata pemerintah seperti saranan didalam Al Quran.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ

al-Nisa’:59

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”

6) Vaksin dibuat oleh Pakar Perubatan yang lebih cerdik daripada saya dan mereka juga muslim Turki

7) Vaksin telah diuji dan mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi.

Ya Allah, kau melihat usaha kami dalam menghadapi Ujian Covid 19.

Kalau dah diterangkan secara panjang lebar pun masih ada yang tidak faham tentang vaksin ini, apa kata jika anda melihat komik (lukisan) dari seorang rakyat Malaysia ini tentang bagaimana vaksin Covid-19 berkesan mencegah pandemik yang melumpuhkan dunia dan warganya.

Sumber : https://www.facebook.com/chenwei.lee.9/posts/10222040580195023

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update.