Input your search keywords and press Enter.

Keputusan ke MRSM Boleh Disemak Hari Ini

M Update, 10/03/2021 – Tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sesi 2021, bagi ke Tingkatan 1 dan 4, boleh mula disemak mulai hari ini.

MARA memaklumkan, kemasukan pada tahun ini mengambil kira dua kriteria, iaitu lulus Ujian Kecenderungan Kecemerlangan Kemasukan ke MRSM (UKKM) atau Ujian Khas Ulul Albab dan merit Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga.

Katanya, calon berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang didaftarkan semasa permohonan.

Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di www.mara.gov.my. Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem mymrsm dalam portal MARA.

Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal,” katanya.

Katanya, permohonan rayuan ke MRSM dibuka pada 7 April sehingga 30 Mei depan secara atas talian dan pemohon tidak perlu menghantar permohonan fizikal kerana proses dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian.

MARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan daripada golongan berpendapatan rendah atau B40.

“Keutamaan juga diberi kepada pelajar luar bandar dan miskin bandar. Bagi memastikan pelajar B40 dapat meneruskan pengajian di MRSM, MARA akan meneruskan program BUDI MARA. Pelajar B40 tidak perlu bimbang kerana MARA menyediakan program bantuan di bawah program BUDI MARA.

Pelajar terpilih akan diberi bantuan wang tunai berjumlah RM1,100 merangkumi yuran persekolahan, pembelian pakaian persekolahan, pakaian harian, keperluan asrama, peralatan persekolahan dan sebagainya. – Pengerusi MARA, Datuk Azizah Mohd Dun