M Update, 26/04/2021 – Jenazah kru kapal selam Indonesia KRI Nanggala-402 akan dibawa ke Surabaya, Jawa Timur.
Ketua Angkatan Laut Laksamana Yudo Margono berkata, proses evakuasi mangsa dan kaedahnya akan dikoordinasikan kemudian.
“Evakuasi nanti kita ke Surabaya, atau sesuai permintaan keluarga kerana di Banyuwangi ini ada tiga orang juga,” katanya dalam sidang media secara maya, semalam.
Media sebelum ini Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto mengumumkan semua kru kapal selam KRI Nanggala-402 terkorban. Menurutnya berdasarkan visual daripada Remotely Operated Underwater Vehicle yang digunakan dalam pencarian kapal itu, kapal berkenaan ‘terbelah menjadi tiga bahagian’ di kedalaman 838 meter di dasar laut di perairan Bali.
KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada 4.25 pagi Rabu lalu ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain. – HM Online