Hari raya kedua ni baru ada mood nak menulis. Dah puas melantak rendang dan ketupat, terus terasa nak berletiaq pasal situasi semasa di Malaysia ni. Alhamdulilah semalam kita telah meraikan kemenangan 1 Syawal setelah sebulan melawan lapar, dahaga dan nafsu. Apa yang istimewanya tahun ini adalah ‘kemenangan’ umat Islam menentang penindasan zionis terhadap rakyat Palestin yang sengaja dicetuskan oleh pemimpin zionis untuk kekal berkuasa.
Sudah lebih 60 tahun Israel cuba melenyapkan Palestin di muka bumi ini tapi siapa yang boleh melawan kuasa Allah kan? Selama tu jugalah mereka gagal walaupun rakyat Palestin tidak mempunyai senjata canggih maupun dibiayai oleh kuasa-kuasa besar asing seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Berbekalkan keberanian briged Al-Qassam yang bertempur dengan bedilan roket, rakyat Malaysia juga tidak putus-putus ‘membedil’ akaun sosial media milik Israel Defence Force sehingga pada suatu tahap tu adminnya koyak habis! Tentera bawang negara sekali lagi menunjukkan skill troll mereka sehingga perkataan ‘koyak’ trending di Google Search! Semangat bersatu macam ni lah yang kita perlukan, perjuangan menentang kezaliman zionis.
Kalau rakyat Malaysia boleh bersatu melawan Israel, kenapa agak sukar untuk kita bersatu menentang Covid ni ye? Dewasa ini, kita boleh melihat rakyat semakin culas dan berpecah untuk melawan keganasan penyakit ni. Walaupun ramai yang amalkan SOP ketat, masih ada juga yang ambil sikap sambil lewa. Kalau duduk di area subbandar sikit ni, kita boleh nampak anak-anak muda yang menunggang motorsikal dengan selamba berkonvoi tanpa memakai pelitup muka.
Kalau geng-geng yang mengimarahkan masjid ni pun boleh tahan juga. Dah habis solat sempat mengeteh lagi di koridor masjid, dah sedap mengeteh sambil borak tu takkan nak pakai mask kan? Mestilah rimas. Penjarakan sosial pun terus lupa nak amalkan! Tak ke bahaya kalau bila dah habis konvoi dan mengeteh ni mereka bawa Covid ke rumah masing-masing? Habis ibu bapa dan anak bini terdedah dengan bahaya!
Bukannya anti dengan golongan ni, tapi rasanya mereka ini juga adalah golongan yang sama memekak di media sosial dan menghentam kerajaan kerana pengumuman SOP ketat pada aidilfitri kali ini. Kerajaan bukan minta banyak pun, hanya untuk rakyat duduk di rumah bersama-sama keluarga sahaja. Kenapa menggelitis sangat nak kena keluar lepak di luar? Lepas tu bila dah kene masuk ICU baru terhegeh-hegeh nak menyesal. Sesungguhnya golongan macam ni semakin hari semakin ramai dan situasi ini amatlah membimbangkan.
3 hari lepas Tan Sri Dr Noor Hisham dah bagitau kita kes di ICU akan mendadak pada bukan Jun ini. Beliau turut meminta kerajaan menyediakan 1700 katil ICU bagi tujuan tersebut. Tak seram ke apabila KKM sudah nampak bayangan kes kritikal akan semakin parah awal bulan depan? Masih nak lepak di luar? Nak melampiaskan nafsu mengeteh dengan kawan-kawan? Sudah-sudahlah tu menyusahhkan orang lain. Dah terhantuk baru terngadah. Baru nak menyesal. Kalaulah orang Malaysia ni boleh serious melawan Covid ini seperti mereka menentang Israel di media sosial kan bagus? Masih belum terlambat lagi nak berubah. Kita mampu menghapuskan pandemik ini hanya jika kita bersatu hati untuk memainkan peranan masing-masing. Duduklah di rumah dan jika terpaksa keluar amalkan SOP ketat demi orang tersayang.
Ada jumpa komen kat bawah ni masa melayari FB. Macam logik juga leteran penulis ni kan. Berubahlah wahai rakyat Malaysia. Asyik nak marah aje kejanya!
PKP Semula – Marah kata kerajaan zalim
Laksana PKPB – Marah kata ia tk cukup berkesan
Perketatkan SOP – Marah sbb rasa terkongkong.
Longgarkan SOP – Marah sbb kes masih tinggi
Tak boleh rentas negeri dan daerah – Marah
Bagi rentas negeri dan daerah – Marah
Buka Sesi Persekolahan – Marah katanya bahaya
Tutup Sesi Persekolah – Marah susah belajar. Anak tiada sapa jaga.
Tutup kilang dan pembinaan – Marah Sekat Rezeki pekerja
Buka kilang dan pembinaan – Maki hamun punca kluster
14 hari Kuarantin – Marah sbb lama sgt susah nak cari makan
10 hari Kuarantin – Tak cukup masa boleh sebar kes
Kuarantin di Hotel – Marah sebab Mahal kena byr
Kuarantin di Hostel Kerajaan – Marah sebab tak selesa/ rasa dianaktiri oleh kerajaan sendiri
Bagi keluarkan KWSP akaun 2 – Marah tu duit sendiri kenapa kerajaan tak bg bantuan
Tak bagi keluarkan KWSP akaun 1 – Marah lagi sbb tu duit sendiri kenapa nak sekat
Bagi BPN 2021 – Marah sbb hanya bersasar utk b40/m40
Tak bagi BPN 2021 – Mengamuk sebab rakyat terjejas
Cucuk Vaksin – Marah kata tu agenda Yahudi
Vaksin lambat sampai – Maki kerajaan lembab bagai
CM Cucuk Vaksin Dulu – Kenapa Ambik Slot Vaksin Kami? Kenapa Tak Bagi Frontliners Dulu?
CM Tak Cucuk Vaksin Dulu – Kenapa CM Takut Vaksin? Jangan jadikan kami tikus makmal.
Ape pon tak boleh semua tak kena 🤣😂
Tu la peel rakyat Malaysia, serba serbi kerajaan buat xkena…
Korang nak apa sebenarnya
**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update