Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
Peminjam Kehilangan Pekerjaan Boleh Pilih Moratorium - BNM - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

Peminjam Kehilangan Pekerjaan Boleh Pilih Moratorium – BNM

M Update, 02/06/2021 – Peminjam individu yang kehilangan pekerjaan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara boleh memilih moratorium sebagai salah satu bentuk bantuan bayaran balik pinjaman dalam meringankan beban kewangan mereka, demikian kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat dalam ciapan di twitternya berkata, peminjam individu terjejas itu boleh memilih moratorium selama tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan bayaran balik pinjaman sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

Ia juga menjelaskan, di bawah bantuan bayaran balik pinjaman terkini itu, peminjam B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH)/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) juga boleh memilih untuk mendapatkan moratorium selama tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan bayaran balik sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

“Semua peminjam yang terkesan pengurangan pendapatan termasuk gaji, elaun, komisen dan pendapatan isi rumah juga layak untuk pengurangan ansuran bulanan bayaran balik pinjaman mereka mengikut pengurangan pendapatan mereka,” katanya.

Di samping itu, BNM berkata, perusahaan mikro yang mempunyai kemudahan dengan jumlah diluluskan sehingga RM150,000 dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan pergerakan penuh juga boleh memilih untuk mendapatkan moratorium selama tiga bulan atau pengurangan 50 peratus daripada bayaran ansuran bulanan selama enam bulan.

“(Peminjam terkesan) Hanya perlu menghubungi bank masing-masing dan buat pilihan,” kata BNM.

Bank pusat itu berkata, bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan bayaran balik pinjaman boleh mengunjungi http://bnm.gov.my/RA.