Bermula minggu ni, kerajaan telah mula membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega dan hibrid di pusat-pusat kesihatan dan konvensyen dengan lokasi yang luas, selesa, sistematik serta strategik bagi kemudahan rakyat Malaysia. Walaupun pada awalnya terdapat beberapa hiccup seperti yang tular di medsos tapi nampak gayanya Menteri Vaksin kita Khairy Jamaluddin betul-betul perform dan sememangnya harus dipuji kerana saban hari pemberian vaksin di negara kita semakin meningkat dengan pantas. Kalau tengok gaya ni, insyaAllah tak lama lagi negara kita mampu untuk mencapai herd immunity lebih laju dari negara lain yang terlebih dahulu memulakan program vaksinasi mereka.
Kalau dahulu orang ramai tularkan gambar rakyat beratur melimpah sehingga ke luar PPV tapi setelah diselidik rupanya ramai yang beratur tu sebab datang terlebih awal ataupun dah terlewat sampai dari masa yang sepatutnya. Biasalah orang Malaysia memang ada Malaysian time nye kan? Kalau depa kata pukul 10 pagi, pukul 10.15 la tu! Selepas kejadian tersebut diambil tindakan oleh Menteri Vaksin sendiri, kita sudah tak dengar lagi tentang aduan proses lembap ataupun sistem down di PPV. Kalau interview mereka yang dah ambil vaksin rata-rata semua happy dan bangga dengan kemampuan Malaysia untuk bangkit bagai phoenix dalam usaha memerangi virus Covid-19 ini. Selepas ini pun kerajaan akan menggerakkan juga PPV secara pandu lalu dan juga secara bergerak semuanya demi keselamatan rakyat Malaysia.
Bukan dalam negara sahaja yang puji usaha kerajaan ni, orang luar negara pun sudah mula nampak kemampuan Malaysia untuk mencapai herd immunity dalam masa yang lebih awal dari dijangka. Sekarang pun kita boleh lihat rakyat negara luar seperti di US, Australia malah UK pula yang terpaksa menghadapi kebanjiran rakyat di pusat vaksin mereka yang agak kecil sehingga ramai terpaksa beratur sepanjang 1-2 km dari lokasi pemberian vaksin. Nasib baik la tengah musim bunga tak adalah berpeluh ketiak tu!Itupun kita takda lah dengar rakyat mereka merungut sangat, tak macam di sini, baru kena sikit dah nak viralkan satu negara! Selalu tak reti nak bersyukur!
Dengan usaha yang berlipat ganda dari kerajaan, MKN, KKM dan Program Imunisasi Covid Kebangsaan ni diharap rakyat Malaysia ni berbanggalah macam kita berbangga dapat capai kes sifar tahun lepas. Kalau kita semua bersatu mesti semua kerja akan berjalan dengan lancar. Bagi yang belum daftar untuk vaksin tu segeralah daftar dan jangan dengar cakap antivaksin yang mengarut tu. Masa depa kecik dulu pun dah kena vaksin, hidup selamat sampai besar panjang lagi. Dah besar menghasut dan menyusahkan orang pulak!
**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update