Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan Tidak Bercadang Perkenal Semula GST, Hanya Pertimbang Setelah Ekonomi Kukuh

M Update, 16/03/2023 – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menegaskan buat masa ini, kerajaan belum bercadang untuk memperkenalkan semula GST. Ini kerana rakyat masih berada dalam fasa pemulihan ekonomi pasca krisis COVID-19 serta menghadapi cabaran kos sara hidup.

Cadangan untuk memperkenalkan cukai ini akan dipertimbangkan setelah keadaan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi negara berada dalam keadaan baik dan kukuh. Sekiranya diperkenalkan nanti, ianya akan ditambah baik dengan mekanisme GST berbanding sebelum ini, supaya mengurangkan impak kepada golongan berpendapatan rendah.

Kerajaan sentiasa mengawasi kedudukan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah-langkah fiskal yang bersesuaian. Apa-apa polisi berkaitan cukai akan mengambil kira kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup rakyat ketika ini.