Input your search keywords and press Enter.

Raja-Raja Melayu Sependapat Darurat Perlu Ditamatkan 1 Ogos

M Update, 16/06/2021 – Raja-Raja Melayu sependapat, tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan. 

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, berkata Raja-Raja Melayu juga sependapat program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi supaya mencapai matlamat imuniti kelompok 80 peratus secepat mungkin.

“Ini kerana nyawa dan kehidupan rakyat wajib diutamakan mengatasi perkara lain,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan selepas sesi Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara, petang tadi.

Syed Danial berkata, Raja-Raja Melayu juga sependapat pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta mendapat sokongan majoriti rakyat. 

Suhu politik yang semakin panas wajib diredakan,” katanya. – BH Online