Input your search keywords and press Enter.

PEMULIH: JANGAN KECAM DULU, SYUKURI MANFAATNYA

Dengan berjuta rakyat Malaysia di negara ini, tidak mustahillah ragam dan perangainya berjenis-jenis juga. Ada yang memang terpuji akhlaknya, tak kurang juga yang boleh menguji kesabaran. Nak puaskan hati semua pihak memang susah betul. Itulah pasal penulis rasa jawatan yang paling susah di zaman pandemik ni adalah menjadi pemimpin negara. Dengan nak jaga negara, jaga hati rakyat lagi sampai tak tahulah siapa nak jaga diri sendiri tu.

Jadi tidak hairanlah jika kita dapat lihat bermacam-macam jenis feedback apabila PM mengumumkan tentang pakej bantuan yang diberi nama PEMULIH, khas demi rakyat yang sedang sama-sama berjuang menghadapi PKP 3.0 ini. Pada penulis pakej bantuan kali ini sangatlah bersasar dan balanced juga supaya semua lapisan masyarakat dapat menghela nafas lega di saat pendapatan terjejas gara-gara Covid-19. Lepas ni kita harapkan tak adalah golongan T20 menyumpah golongan B40 dan golongan M40 tak puas hati dengan T20 ya sebab rasanya kali ini semua bakal dapat manfaat sementara nak tunggu negara pulih dari pandemik.

Jadi apakah fokus PEMULIH ini? Ok PEMULIH adalah singkatan untuk Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dan bernilai RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

Menurut Berita Harian, kerajaan akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu i-Citra, dengan pengeluaran sehingga RM5,000, yang akan memberi manfaat kepada 12.6 juta ahli KWSP, moratorium automatik selama enam bulan akan turut diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada daripada golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro, yang mana permohonan akan dibuka pada 7 Julai ini.

Bantuan Khas Covid-19 atau BKC yang memperuntukkan sebanyak RM4.6 billion pula akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, warga emas dan bujang yang mana bantuan RM1500 (RM500 sebulan) kepada miskin tegar, RM500 kepada miskin tegar bujang, RM200 untuk B40 dan RM100 untuk M40. Sebanyak RM800 bakal diperuntukkan untuk isi rumah kategori B40 dan RM250 untuk M40. Bagi mereka yang telah kehilangan pendapatan pula, RM500 bakal disalurkan kepada mereka yang telah kehilangan pekerjaan melalui data dari KWSP/Perkeso.

Sudah semestinya pengumuman berkenaan PEMULIH semalam sedikit sebanyak amatlah melegakan rakyat walaupun dalam masa yang sama sudah pasti ada juga suara-suara sumbang yang tidak puas hati dengan PEMULIH ni. Bagi yang suka kecam ni, sambunglah kecaman anda sebab di sebalik potpet anda di media sosial, sudah pasti lagi ramai rakyat yang memanjatkan kesyukuran dengan bantuan-bantuan yang bakal diterima seawal Ogos ini. Silap haribulan yang kecam ni la yang lagi semangat untuk apply semua bantuan yang akan diberikan!

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update