Kementerian Pendidikan (KPM) sedang merangka dasar lebih menyeluruh bagi memperkukuh pendekatan pengambilan murid ke sekolah berasrama penuh (SBP).
Keutamaan diberikan kepada murid berpotensi dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan, selaras usaha menyediakan akses pendidikan berkualiti dan saksama kepada murid B40 – Datuk Dr Radzi Jidin
Permohonan kemasukan ke SBP bagi sesi 2021 dibuat melalui kaedah ‘single entry point’, iaitu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) secara dalam talian.
PKSK adalah kaedah pentaksiran standard secara berpusat dan dilaksanakan kepada murid memohon ke sekolah khusus, merangkumi tiga komponen utama iaitu kecerdasan insaniah, intelek dan artikulasi penulisan.
Semua murid warganegara berdaftar dengan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM layak memohon kemasukan ke SBP mulai 2020 bagi sesi persekolahan 2021 dan tahun berikutnya.
Syarat pemilihan murid ke sekolah khusus, termasuk SBP adalah melepasi syarat minimum PKSK dan aktif dalam aktiviti kokurikulum.