Input your search keywords and press Enter.

PM Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Perdagangan AS

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menerima kunjungan hormat Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat Gina Raimondo di pejabatnya di bangunan parlimen, hari ini.

Dalam pertemuan itu mereka berbincang mengenai potensi untuk meluaskan kerjasama, di samping peluang-peluang bagi meneroka laluan baharu yang akan memberi manfaat kepada perdagangan antara kedua-dua negara.

Malaysia menyanjung hubungan dua hala yang baik dengan Amerika Syarikat dan optimis kedua-dua negara akan mendapat manfaat daripadanya.

Ini merupakan kali pertama lawatan rasmi Raimondo ke Malaysia selepas dipilih untuk berkhidmat sebagai setiausaha perdagangan di bawah pentadbiran Presiden Amerika Joe Biden.

Sumber : Bernama