Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara adalah 0.95 semalam, dengan kebanyakan negeri melepasi nilai itu.
Rt tertinggi dicatatkan Perlis iaitu 1.09, diikuti Pulau Pinang dan Labuan (1.03), manakala Melaka dan Kuala Lumpur (1.0)
Selangor, Johor, Kedah dan Pahang merekodkan nilai Rt 0.99, diikuti Putrajaya dan Perak (0.98), Kelantan dan Sabah (0.95).
Nilai Rt tidak berubah sejak kelmarin selepas mencatatkan penurunan sejak dua minggu lalu – Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Beberapa negeri mencatatkan di bawah Rt seluruh negara, dengan Terengganu 0.94, Negeri Sembilan 0.93 dan Sarawak 0.77.
Nilai Rt tertinggi di seluruh negara dicatatkan di antara 13 dan 15 November lalu dengan nilai 1.05.