M Update, 8/12/2021 – Bagi memastikan penduduk di Terengganu sentiasa lebih bersiap siaga menghadapi banjir, sebanyak 21 stesen siren amaran awal banjir telah dipasang. Stesen siren amaran itu ditempatkan di lembangan di Terengganu terutama di kawasan yang sering dinaiki air dan berhampiran rumah penduduk.
Siren itu akan mengeluarkan dua bunyi selama satu minit iaitu apabila mencecah paras amaran dan paras bahaya serta boleh didengari dalam jarak radius satu kilometer.
Apabila berlaku amaran, hebahan akan dibuat kepada bilik gerakan negeri sebelum ia dimaklumkan bilik gerakan daerah untuk tindakan selanjutnya.
Sumber : BH