M Update, 10/12/2021 – Baru-baru ini, terdapat laporan media antarabangsa yang mendakwa terdapat komplot perancangan serangan ke atas Sabah oleh Tentera Diraja Sulu (RSA) namun PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah adalah terkawal.
PDRM kini mempergiatkan usaha bagi mengesan dan mengenal pasti anasir-anasir di Sabah yang berkemungkinan terbabit dalam komplot berkenaan.
PDRM memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan segera bagi meningkatkan kesiapsiagaan ke tahap tertinggi di Sabah untuk menghadapi sebarang kemungkinan ancaman pencerobohan.
Setakat ini tiada pengesahan diterima mengenai pelan yang dimaksudkan dan ia dipercayai adalah maklumat yang telah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang mencemburui tahap keselamatan serta hubungan rapat antara negeri Sabah dengan wilayah selatan Filipina.