M Update, 24/12/2021 – Kelantan, Terengganu dan Pahang diramal hujan dan ribut di beberapa kawasan pada hari esok – MetMalaysia
Ramalan cuaca itu turut membabitkan beberapa kawasan di Kuching, Betong, Mukah, Sarikei, Sibu dan Bintulu, Sarawak serta Kudat, Sandakan dan Tawau di Sabah.
Selain itu, amaran hujan dan ribut petir turut dikeluarkan di satu dua kawasan di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan kawasan Pantai Barat dan Pendalaman di Sabah pada waktu petang.