M Update, 27/12/2021 – Setelah lebih kurang seminggu dilanda bencana banjir, kini jumlah mangsa banjir di Selangor menunjukkan penurunan mendadak dengan seramai 8,821 individu yang ditempatkan di 56 Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat jam 11 pagi ini.
Jumlah mangsa terus menurun hampir 50 peratus berbanding tempoh yang sama semalam yang mana mangsa yang direkodkan adalah 16,568 orang membabitkan 86 PPS.
Berdasarkan data di aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa adalah dari 2,543 keluarga.
Sumber : BH