Input your search keywords and press Enter.

MPN Syor Pintu Sempadan Malaysia Dibuka Sepenuhnya Mac Ini

M Update, 08/02/2022 – Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersetuju dengan cadangan supaya Malaysia membuka sepenuhnya sempadan negara tanpa keperluan kuarantin wajib, seawal 1 Mac depan.

Pembukaan sempadan kepada semua negara itu perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa. Majlis mengesyorkan supaya sempadan negara dibuka sepenuhnya dalam masa terdekat bagi menyokong pemulihan negara.

Namun begitu, ujian COVID-19 sebelum berlepas dan sejurus tiba di pintu sempadan negara, perlu dilakukan mengikut syor Kementerian Kesihatan (KKM). – Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.