M Update, 08/02/2022 – Semua individu berusia 60 tahun ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022.
Sekiranya gagal untuk berbuat demikian, status mereka akan dianggap tidak lengkap vaksinasi dan maklumat itu akan tertera di dalam aplikasi MySejahtera. Ini membabitkan semua penerima vaksin warga emas tanpa mengira jenis vaksin pertama dan kedua, penerima vaksin Sinovac dewasa.
Sekiranya tidak, sijil digital itu akan bertukar kepada warna kepada putih, maksudnya status vaksinasi penuh tidak lagi diberikan dan sekatan akan dibuat di pintu masuk tertentu.
“Saya nak umumkan ada 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac belum terima dos penggalak lagi. (Jumlah) ramai ini dan mereka terdedah kepada gelombang Omicron sebab keberkesanan Sinovac tidaklah setinggi Pfizer, walaupun berkesan, tidaklah sebaik dan efektif Pfizer.
“Sebab itu saya sudah buat keputusan bahawa, kita lebih menggalakkan mereka menerima Pfizer dan Astra Zeneca, tetapi apa juga penggalak lebih baik daripada tidak ada langsung. Sebab itu kita akan berikan temujanji untuk mereka pilih sekiranya mereka mahukan Sinovac bagi dos penggalak mereka. – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin
Oleh kerana itu, segeralah dapatkan dos penggalak anda dan pastikan warga emas yang berada dalam keluarga sudah menerima dos penggalak.