Input your search keywords and press Enter.

Lawatan Pertama PM Ke Kemboja, Thailand

M Update, 23/02/2022 – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan lawatan rasmi sulung beliau ke Kemboja dan Thailand bermula hari ini hingga 26 Februari hadapan.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata, lawatan-lawatan tersebut adalah untuk memenuhi jemputan daripada rakan sejawatnya di Komboja serta Thailand iaitu Samdech Techo Hun Sen dan Jeneral Prayut Chan-o-cha.

Katanya, semasa lawatan rasmi ke Kemboja, Ismail Sabri dijadual mengadakan kunjungan menghadap ke atas Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni, di samping pertemuan dengan Hun Sen.

Ujarnya, ia bagi membincangkan pengukuhan hubungan dua hala, kerjasama pasca pandemik Covid-19, kerjasama ASEAN, serta isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Senat dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja. Seterusnya, Ismail Sabri akan turut bertemu dengan Keluarga Malaysia di Kemboja,” katanya hari ini.

Menurut PMO, semasa lawatan rasmi ke Thailand pula, Ismail Sabri akan mengadakan pertemuan dengan Prayut, dengan pertemuan itu akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin membincangkan hala tuju kerjasama pelbagai bidang antara Malaysia dan Thailand.

Katanya, bidang-bidang utama meliputi kerjasama ekonomi, kerjasama pasca pandemik Covid-19, pembukaan sempadan antara kedua-dua negara, dan projek-projek kesalinghubungan di kawasan sempadan darat. “[62] Internet pharmacies typically carry various recreational drugs such as prescription-only drugs, prescription-free drugs, recreational drugs, psychedelic drugs, illegally imported drugs, prescribed drugs diverted for recreational use, doping drugs, bath salts, and designer drugstore-catalog.com drugs.

“Program Perdana Menteri turut meliputi sesi dengan Dewan Perniagaan Malaysia – Thailand (MTCC) dan sesi ramah mesra bersama Keluarga Malaysia di Bangkok,” katanya.

PMO berkata, lawatan-lawatan Ismail Sabri ke Kemboja dan Thailand mencerminkan hubungan rapat dan menyeluruh Malaysia dengan kedua-dua negara jiran and rakan ASEAN tersebut.

“Ia juga dapat membuka peluang kepada Malaysia dan kedua-dua negara berkenaan untuk meneroka inisiatif bersama dalam usaha pemulihan pasca-pandemik, serta dalam menangani cabaran serantau dan antarabangsa,” katanya.

Ismail Sabri akan diiringi oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Datuk Seri Mohd. Salim Mohd. Sharif serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Lawatan-lawatan ini akan berlangsung mengikut pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi pencegahan Covid-19 yang berkuat kuasa di Malaysia, Kemboja dan Thailand.- KOSMO