Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

February 2022

Remaja 15 Tahun Didakwa Membunuh Bayi Sendiri

M Update, 15/02/2022 – Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya pada minggu lepas. Remaja berusia 15 tahun itu didakwa dengan sengaja membunuh bayi itu di sebuah rumah di Seri Bandi di sini, di antara jam 7 hingga…

Pengurus Kanan KWSP Ditemui Meninggal Dunia Dalam Sujud

M Update, 15/02/2022 – Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meninggal dunia ketika sujud solat Dhuha di rumahnya di Segambut di sini, pagi semalam. Shukri Sulaiman, 51, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakannya pada 10 pagi. Difahamkan, arwah yang aktif dengan kerja kebajikan mendapat cuti…

7 Rakyat Malaysia Terkandas Dibenarkan Memasuki Filipina

M Update, 15/02/2022 – Kesemua tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila akibat kelayakan vaksin Covid-19 digital mereka tidak diiktiraf pihak berkuasa Filipina sudah dibenarkan memasuki republik itu. “Sukacita Wisma Putra memaklumkan bahawa tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino dibenarkan…

Rakyat Malaysia Di Ukraine Diminta Hubungi Kedutaan

M Update, 14/02/2022 – Semua rakyat Malaysia yang berada di Ukraine dan masih belum mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kiev digesa supaya segera menghubungi dan mendaftar dengan kedutaan. Ia susulan kebimbangan pencerobohan Russia ke atas Ukraine dengan banyak negara kini menggesa rakyatnya meninggalkan negara itu, selain mengurangkan bilangan kakitangan diplomatik.…

Rakyat Malaysia: Lelaki Lebih Ramai Daripada Wanita

M Update, 14/02/2022 – Jumlah terkini penduduk lelaki di Malaysia lebih ramai berbanding perempuan iaitu sebanyak 52.3 peratus daripada keseluruhan 32.4 juta penduduk berdasarkan Laporan Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan 2020 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah penduduk perempuan pula…

Gara-Gara MySejahtera, 15 Pelancong Malaysia Terkandas Di Filipina

M Update, 14/02/2022 – Seramai 15 pelancong Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino Manila selepas kumpulan itu tidak dibenarkan memasuki Filipina oleh pihak imigresen berikutan menerima vaksin di Malaysia. Menurut portal The Star pada Ahad, seorang penumpang dilaporkan berkata, mereka dimaklumkan oleh pihak imigresen negara itu bahawa sijil…

Sagu Hati Umrah Akan Dikreditkan Jumaat Ini

M Update, 14/02/2022 – Pembayaran sagu hati sebanyak RM1,671 seorang kepada jemaah umrah yang membatalkan pemergian susulan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah akan dibuat pada 18 Februari ini, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad. Menurut Idris, pembayaran sagu hati itu dikreditkan hanya menggunakan akaun…

PM Adakan Lawatan Rasmi Dua Hari Ke Brunei

M Update, 14/02/2022 – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Brunei selama dua hari bermula hari ini dan dijadual mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Kedua-dua pemimpin itu akan mengambil peluang menilai kemajuan kerjasama sedang berjalan, selain mengukuhkan hubungan serta kerjasama…

Warga Malaysia Lembam Bakal Jalani Hukuman Gantung Di Singapura

M Update, 14/02/2022 – Seorang warga Malaysia dari Sabah, Pausi Jefridin, yang lembam atau mempunyai tahap IQ rendah, dijadualkan menjalani hukuman gantung sampai mati di Singapura pada Rabu depan. Selain Pausi, seorang warga Singapura, Roslan Bakar akan turut menjalani hukuman mati pada hari yang sama. Menurut wartawan Singapura yang mengikuti…

Masyarakat Cina Lebih Ramai Ambil Booster

M Update, 11/02/2022 – Pemberian dos penggalak harian di negara ini mula menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dos penggalak memberi perlindungan yang baik terutama ketika negara menghadapi gelombang Omicron. “Sebanyak 80 peratus masyarakat Cina di negara ini sudah menerima dos penggalak, namun perlu komunikasi yang…