M Update, 02/03/2022 – KKM tidak akan melanjutkan lagi tempoh pemberian dos penggalak yang ditetapkan sehingga 31 Mac ini kepada penerima vaksin Sinovac.
Jika mereka masih enggan mendapatkan vaksin itu selepas tarikh berkenaan, status vaksinasi mereka bertukar kepada tidak lengkap. Tempoh yang kita beri bukan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN), tapi bagi masa kepada mereka untuk melengkapkan dalam tempoh lanjutan (yang diberi). Ini yang terakhir dan muktamad.
“Jika (pada tarikh) akhir ini mereka tidak dapat dos penggalak, maka status mereka adalah tidak lengkap,” katanya. – Menteri, Khairy Jamaluddin
KKM sebelum ini menetapkan tempoh akhirnya adalah sehingga 28 Februari lalu, namun dilanjutkan sehingga 31 Mac ini.
Kita buat keputusan untuk memastikan pertama, kita sudah memperluas pemberian ‘booster’ kepada semua melalui ‘walk-in’ di PPV. Kedua, memberi pilihan ‘booster’ kepada mereka yang belum mendapatkan dosnya, sebab ada keengganan dalam kalangan penerima vaksin untuk menerima dos campuran daripada dos primer mereka.
Di beberapa PPV, kita bagi pilihan dan ini membantu menaikkan liputan vaksinasi yang sebelum ini mereka tidak mahu,” katanya. Inisiatif KKM memberi pilihan kepada orang ramai memperoleh vaksin pilihan mereka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) meningkatkan keyakinan untuk mendapatkan dos penggalak. – BH