Input your search keywords and press Enter.

Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000 Buat Penjawat Awam Kelantan

M Update, 21/04/2022 – Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada setiap penjawat awam di negeri itu bermula daripada gred 56 dan ke bawah.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, bantuan khas itu akan disalurkan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan RM500 kepada Penghulu Mukim, Penghulu Tanpa Mukim Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), Pegawai dan Guru Halaqat, Ahli Majlis, Penyelaras ICT DUN dan Penyelaras Armalah serta kepada setiap guru pondok di Kelantan.

“Selain itu RM250 turut diberikan kepada guru Al-Quran, guru Fardu Ain dan Guru (Mudaribbah) Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad turut memaklumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju mengisytiharkan 5 Mei depan sebagai hari kelepasan Am (Cuti Peristiwa) bagi negeri Kelantan. – Bernama