Input your search keywords and press Enter.

YDPA Gering Di Bahagian Kaki

M Update, 20/06/2022 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini berada dalam keadaan gering di bahagian kaki dan sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Walau bagaimanapun, kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, Ahmad Fadil turut memaklumkan program yang telah dijadualkan berlangsung pada Isnin dan dalam masa terdekat melibatkan keberangkatan Seri Paduka Baginda ditangguhkan ke satu tarikh akan diumumkan kelak.

“Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat pulang bersemayam di lstana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” katanya.