Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

September 2022

Tiada Keperluan Lantik TPM

M Update, 09/09/2022 – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menegaskan, tiada keperluan untuk membuat sebarang pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam Kabinet bawah pentadbiran beliau kini. Perdana Menteri berkata, status empat Menteri Kanan ketika ini dilihat sebagai sudah mewakili TPM dengan keistimewaan yang hampir sama dengan jawatan…

BNM Umum Naik OPR, Kali Ketiga Untuk Tahun Ini

M Update, 08/09/2022 – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus. Ia adalah kenaikan kali ketiga berturut-turut tahun ini untuk kadar penanda aras pinjaman dan simpanan sejak Mei dan Julai lalu, dengan masing-masing sebanyak 25…

Kehadiran Pasukan Forensik Di Rumah Zarina Jadi Tanda Tanya

M Update, 07/09/2022 – Kehadiran pasukan forensik Bukit Aman di rumah bekas personaliti TV3, Zalina Azman di sini menimbulkan tanda tanya penduduk di kawasan perumahan itu. Maklumat kehadiran pasukan itu turut dikongsi dan tular di aplikasi WhatsApp. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan…

Kanak-Kanak Mangsa Dera Seksual Ibu Ditempatkan Di JKM

M Update, 07/09/2022 – Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang disyaki menjadi mangsa dera secara seksual oleh ibu kandungnya akan ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Taman Sinar Harapan (TSH) Ampuan Najihah, Seremban, bermula hari ini. Perintah hak penjagaan sementara itu dikeluarkan Majistret Mohd Izwan Mohamed Noh…

Azizulhasni, Zii Jia Jadi Pilihan Anugerah Perpaduan 100Plus SAM

M Update, 06/09/2022 – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan pemain badminton perseorangan lelaki, Lee Zii Jia menjadi pilihan meraih gelaran Atlet Terbaik pada majlis Anugerah Perpaduan 100Plus Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) 2020/2021 di sini, hari ini. Azizulhasni selaku jaguh keirin terkenal dengan julukan ‘The Pocket…

Met Malaysia Ramal Banjir Besar Berlaku Penghujung November

M Update, 02/09/2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan. Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan…

Pelajar Malaysia Tersenarai 10 Finalis Anugerah Pelajar Dunia

M Update, 02/09/2022 – Seorang pelajar Kolej Vokasional Keningau, diumumkan sebagai 10 finalis bagi Chegg.org Global Student Prize 2022, anugerah yang menawarkan hadiah US$100,000 (RM448,000). Alesyah Asa, 20, yang juga Pelajar Diploma Teknologi Pembinaan, terpilih daripada lebih 7,000 pencalonan dan permohonan dari 150 negara. Anak kelahiran Sabah itu juga merupakan…

Minyak Masak Botol Turun Harga

M Update, 01/09/2022 – Harga maksimum minyak sawit botol pelbagai saiz turun berkuat kuasa 8 September sehingga 7 Oktober ini, dengan kandungan lima kilogram (kg) mencatat pengurangan terbesar iaitu daripada RM34.70 kepada RM33.50. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, berkata penurunan harga tetap boleh dilaksanakan walaupun…

Siling Gaji Baharu: PERKESO Kuat Kuasa Mulai September

M Update, 01/09/2022 – Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menguatkuasakan siling gaji baharu bagi caruman daripada RM4,000 kepada RM5,000 sebulan, mulai 1 September ini. Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata langkah itu bagi menambah baik liputan keselamatan sosial PERKESO…

Hari Sabah Akan Disambut Mulai Tahun Depan

M Update, 01/09/2022 – Hari Sabah atau hari kemerdekaan Sabah akan disambut di seluruh negeri selepas diwartakan secara rasmi bermula tahun depan. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata ia sejajar kepentingan Hari Sabah yang jatuh pada 31 Ogos dalam sejarah kemerdekaan negeri ini. “Kita harus bangga kerana…