Input your search keywords and press Enter.

PM Nafi Tuduhan Kerajaan Abai Isu Kos Sara Hidup

M Update, 14/04/2023 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tuduhan beliau tidak memberikan sepenuh tumpuan kepada agenda menangani kos sara hidup.

Sebailknya beliau menyifatkannya sebagai kenyataan itu adalah dakwaan liar semata-mata.

Kerajaan memberi komitmen dalam mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang dapat dilihat melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan ketika ini. Kesungguhan itu turut diterjemah menerusi empat kertas kerja yang dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) petang semalam.

Selain itu, beberapa program yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia Madani ketika ini telah mula menampakkan hasil positif.

Menurut Perdana Menteri lagi, beliau akan mempergiatkan usaha pemantauan dan pelaksanaan dasar dan strategi Kerajaan Malaysia Madani dengan mengadakan mesyuarat setiap bulan.

Anwar berkata lebih wajar pihak yang membuat tuduhan itu bersama-sama Kerajaan Malaysia Madani mengembleng usaha dalam membantu rakyat serta mengurangkan berpolemik.