M Update, 22/08/2023 – Semua pihak diingatkan untuk tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan dan menghormati apa juga bentuk yang dibawa kerajaan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semua bangsa dan agama biar pun latar belakang berbeza harus menghormati perkara ini.
“Seharusnya agenda dan tema Hari Kebangsaan tersebut didakap oleh semua lapisan masyarakat. Kita mahu semua bangsa, agama, dan latar belakang berbeza harus menghormati dan tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan.
“Tema dan logo (Hari Kebangsaan) bukti kebersamaan kita sebagai negara maju meliputi segala aspek,” katanya.
Mei lalu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ dengan mengangkat Malaysia Madani sebagai logo rasmi.
Menurutnya lagi, Ahmad Zahid berkata pandangan pegangan dan pendapat boleh berbeza. Namun, katanya, ada tatacara, perbezaan dan pendapat yang tidak harus semberono.
“Biar rakyat menilai dan melihat dalam soal ini, kita lihat ada sebuah negeri yang mengikut tema dan logo Hari Kebangsaan juga semangat patriotisme,” katanya.