Input your search keywords and press Enter.

97% Penjawat Awam Sabah Lengkap Vaksinasi

M Update, 9/12/2021 – Sebanyak 97% 97 penjawat awam di Sabah lengkap divaksinasi membabitkan seramai 19,584 daripada 20,271 orang penjawat awam.

Kerajaan negeri Sabah telah menetapkan agar semua penjawat awam Perkhidmatan Awam Negeri melengkapkan imunisasi COVID-19 untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan memastikan penyampaian perkhidmatan serta produktiviti berada pada tahap optimum.

Mana-mana pegawai yang gagal mematuhi arahan ini boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.