M Update, 15/02/2024 – Usaha pencarian sebahagian lagi PATI yang bolos masih giat dijalankan pada skala yang lebih besar (sejauh 15KM). Pencarian ini tidak dihentikan sama-sekali.
JIM setakat ini tidak mengesan penglibatan dalang dalam kejadian 131 pendatang asing meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Perak pada 1 Februari 2024 lepas namun siasatan terhadap hal ini akan terus dijalankan.
Jabatan Imigresen telah menemu bual beberapa tahanan yang berada di dalam depot imigresen berkenaan dan kertas siasatan kejadian itu akan siap akhir bulan ini.
Selain Jabatan Imigresen, siasatan turut dilaksanakan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.