M Update, 19/02/2024 – KDN kini sedang melaksanakan kajian bagi memanjangkan tempoh sah laku pasport Malaysia kepada 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini.
Kajian itu dibuat memandangkan kebanyakan negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura sudah berbuat demikian.
Selain itu, Jabatan Imigresen Malaysia juga dalam proses untuk melakukan satu kajian untuk memperkenalkan pasport dengan tempoh sah laku selama 10 tahun.