Input your search keywords and press Enter.

Struktur Mahkamah Syariah Perlu Disemak Semula – Sultan Kedah

M Update, 04/03/2024 – Kerajaan perlu menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya supaya memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terbabit – Sultan Kedah, Sultan Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah

Kerajaan juga perlu menambah baik kedudukan jawatan Hakim Mahkamah Syariah supaya setanding dengan sistem yang diguna pakai di Mahkamah Sivil.

Mahkamah Syariah perlu menjadi sebuah institusi yang penting sesuai dengan kedudukan Islam di negari Kedah. Mahkamah Syariah adalah obor keadilan agama Islam yang juga agama rasmi negeri ini.

Sebagai langkah pemerkasaan, penubuhan Mahkamah Syariah hendaklah diletakkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah sebagaimana Mahkamah Sivil disebut dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baginda Sultan mahu usaha-usaha pemerkasaan itu dapat disegerakan demi memartabatkan ketinggian institusi Mahkamah Syariah di negeri Kedah.