M Update, 01/04/2024 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM75,000 untuk membantu masing-masing 100 asnaf di Kuala Lumpur dan Labuan serta 50 asnaf di Putrajaya membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Sumbangan Pakaian Dan Keperluan Raya itu membolehkan mereka membeli pakaian raya dengan peruntukan RM300 seorang.
Program menyantuni asnaf dan memberi peluang mereka membuat persiapan raya ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan MAIWP dan akan diteruskan.
Turut hadir ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP Mohd Fauzi Abidin.
Selain itu, turut disampaikan sumbangan daripada MAIWP dengan kerjasama Yayasan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (YBSKN) berupa pakaian dan keperluan Aidilfitri di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Setapak.
Bantuan itu merangkumi pakaian raya seperti baju kurung dan baju melayu sebanyak 2,000 pasang serta bantuan barangan asas dan barangan basah kepada 1,000 penerima, melibatkan peruntukan berjumlah RM370,000.