M Update, 01/04/2024 – Cadangan projek Kereta Api Trans Borneo menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimatan di Indonesia bakal menjadi pemangkin ekonomi bagi wilayah Borneo – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Projek rangkaian kereta api berkelajuan tinggi berkenaan akan memberi impak dalam meningkatkan kesalinghubungan rakyat dan pada masa sama meningkatkan ekonomi di wilayah Borneo.
Ia akan memudahkan perdagangan, menggalakkan pertumbuhan industri di kawasan sempadan dan meningkatkan pelancongan di wilayah Borneo.
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan kewangan khusus untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan laluan Kereta Api Trans Borneo melibatkan bahagian Sarawak-Sabah. Ia dicadangkan dilaksanakan dalam dua fasa melibatkan laluan sepanjang 1,620 kilometer.
Fasa pertama akan menghubungkan bandar-bandar dari barat ke pantai Timur bermula di Pontianak, Kalimantan Barat dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah manakala fasa dua pula melibatkan Kalimantan Utara dan Timur menghubungkan laluan utama dengan Samarinda dan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara.