M Update, 02/04/2024 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dijangka menerima baki dua Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) dalam tempoh kurang dua tahun dari sekarang.
Anggaran tempoh masa tersebut mengambil kira perkembangan semasa pembinaan OPV 2 yang kini di tahap 75%, manakala OPV 3 lebih 50%.
Selain itu, APMM juga bakal menerima empat unit helikopter baharu melibatkan peruntukan sebanyak RM600 juta dalam tempoh 18 bulan dari sekarang.
Perolehan aset itu dijangka siap dalam tempoh dua ke tiga tahun dengan kesemuanya ditempatkan di Pusat Operasi Udara Maritime Sandakan, Sabah bagi memperkukuh operasi APMM di perairan wilayah Borneo.