M Update, 03/04/2024 – Jalan Batang Kali-Genting Highlands berhampiran kawasan tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 31 nyawa pada Disember 2022, belum dapat dibuka kepada orang awam pada cuti Aidilfitri ini. Laluan itu masih ditutup bagi laluan orang awam kerana kerja pembaikan masih dilaksanakan sehingga kini.
Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup selepas tragedi tanah runtuh berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali pada 16 Disember 2022 sehingga mengorbankan 31 nyawa, manakala 61 mangsa terselamat.
Kementerian Kerja Raya memaklumkan jalan Batang Kali-Genting Highlands dijangka ditutup selama setahun bagi membolehkan kerja membaiki cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh dilakukan. Laluan tersebut dijangka dibuka selewat-lewatnya, bulan depan.