
M Update, 22/04/2024 – Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) akan ditutup dari KM12.5 sehingga KM18.5 bermula Selasa hingga Khamis ini bagi kerja-kerja pemeriksaan kabel.
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) memaklumkan penutupan itu bermula 9 pagi hingga 5 petang sepanjang tiga hari dan laluan kontra akan diaktifkan sepanjang penutupan kawasan berkenaan.
Penutupan sementara itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemeriksaan kabel di rentang utama dan akan beroperasi seperti biasa selepas tamat pemeriksaan tersebut.
Orang ramai dinasihatkan supaya peka dan mematuhi semua papan tanda dan arahan yang diberikan.