Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
5 Kumpulan Kongsi Gelap Lumpuh Di Selangor - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

5 Kumpulan Kongsi Gelap Lumpuh Di Selangor

M Update, 29/05/2024 – Seramai 21 ahli kumpulan jenayah terancang daripada lima kumpulan kongsi gelap diberkas dalam serbuan Operasi Lima (Op Lima) oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Semua 21 ahli kumpulan kongsi gelap Geng 08, Geng 21, Geng 18, Geng 24 dan Geng 36 diberkas dalam serbuan sekitar Johor, Pahang dan Selangor bermula 3 Mei hingga 30 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata semua 21 ahli kumpulan berusia antara 26 hingga 51 tahun itu aktif dalam kegiatan bunuh, dadah, pemerasan dan khianat dengan api.

“Semua mereka dari lima ahli kumpulan berbeza ini didapati aktif dalam kegiatan jenayah terancang di sekitar Selangor sejak tahun 2019.

“Pada masa ini kita mengesyaki sekurang-kurangnya 10 lagi ahli daripada lima kumpulan yang sama sudah lari menyembunyikan diri apabila menyedari ahli-ahli lain sudah diberkas,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, seramai 18 ahli kumpulan terbabit ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan ditahan selama 28 hari manakala dua lagi ditahan reman.

“Hari ini 18 daripada mereka dituduh di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Klang, manakala dua lagi individu disambung reman. Seorang daripada mereka akan direman dalam masa terdekat selepas disahkan mengalami masalah kesihatan akibat jantung selepas dihantar ke Institut Jantung Negara.

“Pada masa sama JSJ Bukit Aman menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Terancang (D14) dan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) sedang giat menjalankan tugas-tugas mengesan saki-baki ahli kumpulan kongsi gelap ini dalam usaha memastikan keselamatan dan ketenteraman awam kekal terpelihara,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai modus operandi lima kumpulan jenayah terbabit yang dianggap berbeza berbanding sebelum ini.

“Pada masa ini mereka tidak lagi melakukan upacara angkat sumpah seperti kumpulan-kumpulan kongsi gelap lain sebaliknya hanya memberikan arahan tugasan kepada setiap ahlinya. Sebagai contoh, ketua atau pemimpin sebuah kumpulan akan mengarahkan ahlinya melakukan tugas pemerasan, pengedaran dadah atau melakukan pembunuhan,” katanya. – BH