Input your search keywords and press Enter.

Ada Anak Istimewa: Jangan Malu Bertemu JKM Jika Ada Masalah

Foto Hiasan

M Update, 14/06/2024 – Ibu Bapa kepada kanak-kanak istimewa yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) diminta tampil dan jangan malu untuk bertemu serta berkongsi masalah yang dihadapi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pihaknya mengharapkan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa ini, terutamanya autisme, tidak bersendirian sekiranya mempunyai masalah.

Beliau berkata masalah yang dihadapi perlu segera dikongsikan dengan memaklumkan kepada pihak JKM, dan badan kebajikan ini mempunyai kaunselor khusus untuk membantu agar masalah yang terbeban dapat diringankan.

“Sekiranya mereka ini dari segi kewangan mengalami kekurangan, insya-Allah JKM akan meneliti dan kemudian bantuan yang bersesuaian dengan semua permasalahan penjagaan anak-anak autisme dibantu…kita tidak mahu wujud penderaan kepada mereka berpunca daripada tekanan,” katanya.

Sumber: Bernama