Input your search keywords and press Enter.

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Guna Rekaan Rizman Ruzaimi

M Update, 04/07/2024 – Kontinjen negara akan menyarung pakaian berinspirasikan baju Melayu yang dihasilkan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini pada perarakan majlis Perasmian Olimpik Paris yang dijadual 26 Julai ini.

Memetik laporan The Star, perkara itu disahkan oleh Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini.

Jelas beliau, pakaian tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

“Ia akan bertemakan baju Melayu dan akan menjadi (konsep) tradisional. Kami telah memuktamadkan reka bentuk dan akan menunjukkannya kepada umum tidak lama lagi,” katanya semasa sidang media di Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Rizman Ruzaini baru-baru ini menempa sejarah dalam industri fesyen tanah air apabila busana rekaan mereka disarung penyanyi terkenal Lady Gaga ketika mengadakan persembahan residensi di Las Vegas.

Sebelum ini, pakaian rasmi Kontinjen Malaysia yang dirancang akan dipakai pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 menerima kritikan daripada banyak pihak.

Susulan kritikan tersebut, MOM tampil memperkenalkan rekaan baharu, dengan corak belang harimau yang lebih garang dipaparkan pada pakaian rasmi. – Astro Awani