Input your search keywords and press Enter.

Keropok Racun Tikus: Abang Meninggal Dunia

Muhammad Akil Syauqi, 3, meninggal dunia hari ini.-Foto Ihsan keluarga.

M Update, 10/07/2024 – Salah seorang daripada dua kanak-kanak yang kritikal selepas termakan keropok yang disyaki mengandungi racun tikus meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh ibunya, Nurain Hasnorizal. Nurain berkata, anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi.

Mangsa maut dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, dilaporkan kritikal selepas termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Ahad lepas.

Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun tujuan bagi perangkap monyet.

Kedua-dua mangsa kemudiannya dikejarkan ke HPP selepas menerima rawatan di Hospital Kulim.