Input your search keywords and press Enter.

Protes Di Bangladesh: Rakyat Malaysia Dibawa Pulang Kerana Keselamatan Menjadi Keutamaan – PM

M Update, 22/07/2024 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat Malaysia di Bangladesh termasuk pelajar akan dibawa pulang tanah air kerana kerajaan mengutamakan keselamatan mereka susulan protes di negara itu.

“Menteri Luar maklum kepada saya sejak semalam dan pagi tadi, mengikuti perkembangan di Bangladesh, keadaan itu membimbangkan untuk keselamatan anak-anak kita.

“Sama ada mereka pegang bantuan kerajaan atau pelajar swasta kita akan bantu dan Menteri Luar akan mengadakan mesyuarat jika perlu menyewa pesawat untuk bawa mereka pulang,” katanya ketika ditemui media di Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai lepas susulan mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018.

Kerajaan negara itu telah mengenakan perintah berkurung di seluruh Bangladesh selepas pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis semasa protes berkenaan.- Buletin TV3