M Update, 13/08/2024 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyiapkan satu kerangka baharu untuk meningkatkan prestasi sukan negara.
Beliau berkata, ia sebagai usaha kementerian dan atlet bagi meningkatkan pencapaian.
“Saya nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan, anak-anak yang terlibat dalam Sukan Olimpik kerana kita telah berusaha sebaik mungkin. Kita terima baik (segala) keputusan.
“Insya-ALLAH kita akan siapkan beberapa kerangka baharu meningkatkan prestasi sukan dan olahraga negara.
“Jadi harus kita tumpu ke hadapan, tetapi sementara itu janganlah kita mengeluh kerana anak-anak dan olahragawan itu telah berusaha sedaya upaya mereka,” katanya.
Malaysia mengakhiri kempen Sukan Olimpik Paris 2024 dengan meraih dua gangsa menerusi badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia dan beregu badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik. – Bernama