Input your search keywords and press Enter.

Op Global – Penderaan Fizikal & Emosi Terhadap Mangsa

M Update, 18/09/2024 – Hasil ujian saringan kesihatan terhadap 392 kanak-kanak diselamatkan dari rumah amal dikaitkan GISBH mendapati ada unsur penderaan fizikal dan emosi. Mangsa perlukan penilaian lanjut terutama berkaitan kesihatan emosi – Ketua Polis Negara

Selain itu, terdapat juga elemen buruh dan eksploitasi kanak-kanak dengan mereka yang berumur bawah 18 tahun dipaksa bekerja menjual barang. Siasatan polis juga mendapati terdapat unsur pengabaian kanak-kanak berlaku selain menghadapi masalah kekurangan zat makanan.

Polis telahpunmembekukan 96 akaun milik syarikat GISB yang telah dikenal pasti mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.