Input your search keywords and press Enter.

Perhimpunan “We Are RXZ” Tidak Akan Diharamkan

M Update, 18/09/2024 – Polis setakat ini tidak bercadang untuk mengharamkan program perhimpunan We Are RXZ, sebaliknya mahu pihak penganjur mematuhi prosedur semasa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Ini termasuk prosedur dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT), kerajaan negeri dan polis peringkat kontinjen – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

Pihak JSPT akan memfokuskan kepada kawalan lalu lintas dan keselamatan berdasarkan jumlah peserta, kenderaan serta orang ramai yang ingin hadir dalam acara itu.

Program We Are RXZ Members yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak pada 13 dan 14 September lepas merupakan edisi keenam penganjuran selepas kali pertama diadakan bermula 2017.

Takziah kepada tiga individu maut dalam tiga kemalangan berasingan membabitkan peserta program We Are RXZ Members 6.0 baru-baru ini.